salam....
setelah lame saya membiarkan blog saya ni bersawang, tibe2 cuti sempena ma'al hijrah ni, terdetik pulak nak tulis blog...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

saya nak imbas kembali, kenape saya nak jadi doktor???apekah puncanya???
kalau saya ingat balik dulu saya belajar betul2 utk score time spm dulu sebab nak jadi doktor..
saya score mase pmr dulu pon supaya dapat masuk kelas sains untuk jadi doktor...hidup saya dari kecik sampai besar memang nak jadi doktor, doktor, dan doktor...
kenape saya nak jadi doktor???sebab doktor adalah satu pekerjaan yang memang sure akan dapat duit...paling cikai2 pon sebulan adelaa 3000 sebulan...kalau saya ambil course lain, kemungkinan unuk menganggur adalah tinggi...jadi doktor, graduate je terus dapat kerje...itu dah comfirm dah....
jadinya......dari kecil, dari upsr, pmr, dan spm...tujuan saya belajar bersungguh-sungguh adalah untuk menjadi doktor...dan untuk mendapat DUIT....itu yang saya nampak dari kecil sampai besar...
dalam usrah minggu lepas kami ade menyentuh tentang tujuan hidup...ape tujuan hidup kite??kalau saya fikir punye fikir tujuan hidup saya dari kecik sampai sekarang ni adalah utk dpt duit...
lepas tu, kalau dah dapat duit jadi ape???
haa....ape kate kite tukar niat kite..kite tajdidkan niat...saya belajar kerana Allah...saya nak jadi doktor kerana Allah....barulah lebih bermakna sikit...dari adat kite boleh tukar jadi ibadat...
jadinya, sempena ma'al hijrah ni, saya berazam untuk meningkatkan usaha saya dalam setiap ape yang saya lakukan kerana Allah...
*maaf.....entry kali ni, memang untuk diri saya...maaf juga, ayat tunggang-langgang...
sekian,dari saya yang cetek ilmu...